Kajian ini telah menunjukkan hasil bahawa remaja yang telah menjadi mangsa penderaan seksual mengalami emosi tertekan, marah, dendam dan menyalahkan diri sendiri di atas apa yang telah berlaku pada dirinya. Mangsa penderaan seksual sukar untuk meluahkan emosinya melalui verbal iaitu seperti yang telah dinyatakan oleh Malchiodi (2003). Lukisan pemetaan badan

Mangsa penderaan seksual mengalami emosi tertekan selepas berlakunya kejadian penderaan ke atas diri mereka. Tekanan yang dialami adalah berbeza mengikut individu dan pengalaman yang dialami olehnya. Menurut Ullman (2008), tahap tekanan mangsa dipengaruhi oleh persepsi mangsa terhadap dirinya. Bagi memastikan tekanan emosi tidak menjadi lebih serius dan mengganggu kehidupan, hal ini perlu ditangani dan diuruskan dengan mengenal pasti puncanya terlebih dahulu. Apabila puncanya diketahui, lebih mudah untuk seseorang itu menguruskan masalah tekanan emosinya
Kemarahan wujud dalam diri mangsa apabila meraka rasakan peristiwa yang terjadi adalah tidak wajar ke atas dirinya. Malahan kemarahan semakin membara apabila perogol atau orang yang telah merosakkan kehidupannya bebas sedangkan mangsa yang menanggung kesakitan fizikal. Kemarahan yang dialami oleh mangsa sukar digambarkan melalui komunikasi tetapi jelas digambarkan melalui lukisan pemetaan badan melalui warna dan simbol. Kemarahan juga telah ditunjukkan melalui bahasa badan semasa subjek meluahkan emosi marah di dalam kertas lukisan pemetaan badan. Subjek telah menggunakan pensel warna dan menekan dengan kuat di atas kertas. Kemarahan yang dialami oleh mangsa penderaan seksual boleh dikeluarkan melalui warna, simbol, bahasa badan dan perkongsian melalui verbal.