Saturday, March 12, 2016

Proses Terapi Seni ( Basic )

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah proses aplikasi terapi seni sebenarnya? Ada yang berpendapat terapi seni adalah proses kaunselor atau pengamal membuat interpretasi terhadap hasil kerja klien. Bagi pengguna atau pengamal terapi seni perlu faham akan konsep terapi seni dalam sesi kaunseling.

Terapi seni merupakan medium bagi kaunselor dan klien. Hasil kerja yang dihasilkan semasa sesi adalah hak klien. Hanya klien yang berhak ke atas maksud tersirat dan tersurat. Kaunselor hanya meneroka klien berdasarkan apa yang di hasilkan oleh klien.

Bagaimana prosesnya?

Proses terapi seni adalah bermula dengan warming-up atau dalam lebih dikenalli sebagai Rappo. Langkah kedua, klien diberi peluang untuk menghasilkan hasil kreatif berdasarkan apa yang ingin dikongsi olehnya semasa sesi. Antara contoh tema " pengalaman klien, perasaan klien dan apa yang dipendam oleh klien". Klien bebas untuk membuat hasil kerjanya. Langkah ketiga, kaunselor meminta klien menjelaskan dan membuat refleksi berdasarkan hasil kerja nya. di dalam proses ini kaunselor menggunakan kemahiran kaunselor untuk meneroka. tetapi perlu ingat, kaunselor tidak membuat interpretasi terhadap hasil kerja klien. Langkah keempat, membuat penamatan berdasarkan hasil kerja klien.

Prosesnya tetap sama seperti sesi kaunseling.

Rajah 1: Contoh Warming-up

Sunday, February 28, 2016

Terapi Seni dalam Kaunseling


Apa yang kita hendak bagi tahu kepada klien kita?

Sebagai seorang kaunselor, jika menggunakan terapi seni atau art therapy di dalam sesi kaunseling. Kaunselor hanya menggunakan "art as a tool". Apa itu art as a tool? Art as a tool iaitu seni sebagai alat medium kepada klien dan kaunselor dalam proses kaunseling.

Jadi...Bagaimana prosesnya?

Prosesnya kaunselor hanya menggalakkan klien untuk menggunakan kaedah seni di dalam sesi kaunseling. Proses ini digunakan bagi menggalakkan klien untuk bercerita, memudahkan kaunselor untuk meneroka alam bawah sedar klien. Setiap klien yang datang adalah berbeza-beza masalah yang dihadapinya. Kadang-kadang klien yang datang juga tidak tahu akan punca sebenar isu sebenar dalam dirinya. Sebagai contoh, apabila klien melukiskan isu di atas kertas lukisan. Kaunselor meneroka klien berdasarkan lukisan yang dilaksanakan oleh klien. Lukisan sebagai panduan kepada klien untuk bercerita.

Bersambung...

Monday, February 22, 2016

Terapi Seni sebagai "25 more letters"

If "Plan A" Didn't work. The alphabet has 25 more letters! ~STAY COOL~

Sebagai seorang kaunselor perlu sentiasa kreatif semasa berhadapan dengan kliennya. Bagi kaunselor baru kebiasaan akan lebih berjaga-jaga semasa sesi kaunseling dilaksanakan. Selalu berlegar difikiran kaunselor pelatih " Apa yang perlu ditanya pada klien? ".

Dengan penggunaan Art as a Tool, kaunselor dapat bertenang semasa menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor hanya perlu jadikan art sebagai garis panduan semasa menjalankan sesi kaunseling. Fokuskan kepada matlamat semasa sesi kaunseling. Proses kaunseling adalah seperti biasa, art sebagai pemudahcara kepada kaunselor dan klien semasa sesi.

Plan A adalah membuat sesi kaunseling. Manakala 25 lagi huruf adalah bagaimana kaedah kaunselor semasa menjalankan sesi supaya ianya tidak lari dari matlamat sebenar....

Monday, February 15, 2016

BIODATA PENYELIDIK TERAPI SENI



Siti Noorasmah Binti Hamzah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian (Bsc. Hons) dari Universiti Utara Malaysia dan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Sains Kaunseling (Penyelidikan) di Universiti Malaysia Terengganu. Beliau merupakan seorang kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau juga pernah dilantik sebagai pembantu penyelidik di dalam kajian Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) yang bertajuk Pembentukan Model Terapi Seni Mangsa Penderaan Seksual Dalam Kalangan Remaja. Beliau juga pernah dilantik sebagai kaunselor bagi kajian Research Acculturation Colaborative Effort (RACE) yang bertajuk Penggunaan Spiritualiti dalam Terapi Seni Ekspresif Terhadap Golongan Remaja Delinkuen. Pada tahun 2015 beliau dilantik sebagai kaunselor dalam kajian Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) yang bertajuk Pembentukan Intergrasi Terapi Seni Visual dan Penceritaan Terhadap Ibu Tunggal. Beliau juga terlibat sebagai fasilitator bagi bengkel Integrasi Terapi Ekspresif dalam Proses Kaunseling bagi pelajar Tahun 2 Sarjana Muda Kaunseling. Beliau pernah dilantik sebagai fasilitator bagi sesi terapi Expressive Art Therapy dalam program Latihan dan Motivasi Besut-Setiu Agropolitan.

Semenjak menceburi bidang kaunseling, beliau telah banyak menyertai bengkel dan seminar berkaitan dengan terapi seni. Antara bengkel yang pernah disertai adalah seperti Bengkel Penggunaan Art Dalam Kaunseling dan Creative Art Therapy for Social Action. Beliau juga pernah menyertai bengkel pensijilan terapi seni yang dianjurkan oleh Perkama Consultants Sdn. Bhd dengan kerjasama Art Therapy Academy. Bengkel ini mempunyai tiga tahap iaitu tahap Art Therapy Foundation, Art Therapy Intermediate dan Art Therapy Advance yang diselia oleh Art Therapies. Selain itu, beliau pernah menyertai satu Seminar Kaunseling Kebangsaan yang ke-14 2014 bertemakan Creative Arts Intervention: The Application and Techniques for Psychological Therapy yang dianjurkan oleh Pusat Kaunseling, Universiti Utara Malaysia.

Di samping itu, penyelidik juga telah membuat pembentangan kertas kerja peringkat kebangsaan sempena Seminar Penyelidikan Siswazah UniSZA 2013. Kertas kerja yang dibentang adalah bertajuk Pembentukan Model Terapi Seni Mangsa Penderaan Seksual  dalam Kalangan Remaja. Sehubungan itu, kertas kerja ini juga telah dianugerahkan Pingat Emas dalam Kategori Sains Sosial, Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa. Pada tahun 2013 juga penyelidik telah membuat pembentangan kertas kerja di dalam Persidangan Art Therapy: Kreativiti Dalam Bantuan Menolong Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur. Tajuk kertas kerja adalah Lukisan Pemetaan Badan sebagai Teknik Ekspresi Emosi Remaja Mangsa Penderaan Seksual. Sehubungan dengan itu, penyelidik telah menyertai pembentangan peringkat antarabangsa di Nonthaburi, Thailand. Penyelidik telah membentang kertas kerja di dalam Princess Maha Chakri Sirindhorn Congress yang bertemakan International Approach to Sustainable Research and Development. Tajuk pembentangan adalah The Effectiveness of Group Art Therapy in Alleviating Stress among Sexual Abused Girls. Manakala penyelidik juga telah menyertai satu pembentangan poster peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyelidik telah membentangkan poster yang bertajuk Art therapy Among Female Prisoners di dalam The 6th International Conference on Postgraduate Education (ICOE- 6 2014).

Sunday, February 7, 2016

Definisi Art Therapy atau terapi seni

Apa itu Art Therapy? Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilaksanakan di Malaysia, sesetengah daripada penyelidik ada yang menggunakan istilah asal iaitu Art Therapy dan ada yang menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu iaitu terapi seni. Walau bagaimanapun masih terdapat perdebatan di antara istilah asal dan istilah yang diterjemahkan ini.

Tuesday, February 2, 2016

Pengalaman Mengajar Erti Keilmuan

Pejam celik pejam celik, sudah hampir enam tahun saya bergiat aktif dalam bidang Art therapy di Malaysia. Pelbagai aktiviti seperti seminar, persidangan dan bengkel yang pernah saya ikuti bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang ilmu ini. Bak kata sifu saya Art Therapy atau mana-mana bidang yang kita ceburi, jika kita inginkan kejayaan kita perlu sentiasa menuntut ilmu. Menuntut ilmu bukan sahaja kita yang mendengar dan menerima tetapi perlu juga kita memberi dan mengaplikasikan ilmu kita. Kemahiran yang ada akan semakin meningkat jika kita sentiasa membuat latihan dan menggunakannya. Pengajaran dari sini, ilmu jangan kita kedekut. Ilmu yang dapat perlu dikongsi bersama.

Saturday, October 25, 2014

Ekspresi Emosi Mangsa Penderaan Seksual melalui Terapi Seni




Kajian ini telah menunjukkan hasil bahawa remaja yang telah menjadi mangsa penderaan seksual mengalami emosi tertekan, marah, dendam dan menyalahkan diri sendiri di atas apa yang telah berlaku pada dirinya. Mangsa penderaan seksual sukar untuk meluahkan emosinya melalui verbal iaitu seperti yang telah dinyatakan oleh Malchiodi (2003). Lukisan pemetaan badan
dapat memberi peluang kepada subjek untuk meluahkan emosi yang terpendam. Subjek juga beranggapan bahawa emosi yang di alami olehnya sukar difahami oleh orang lain. Subjek rasa lega dan lebih selesa untuk meluahkan dalam bentuk warna dan lukisan kerana mereka rasa lebih selamat disebabkan hanya subjek sahaja yang menterjemahkan warna dan simbol tersebut.

Mangsa penderaan seksual mengalami emosi tertekan selepas berlakunya kejadian penderaan ke atas diri mereka. Tekanan yang dialami adalah berbeza mengikut individu dan pengalaman yang dialami olehnya. Menurut Ullman (2008), tahap tekanan mangsa dipengaruhi oleh persepsi mangsa terhadap dirinya. Bagi memastikan tekanan emosi tidak menjadi lebih serius dan mengganggu kehidupan, hal ini perlu ditangani dan diuruskan dengan mengenal pasti puncanya terlebih dahulu. Apabila puncanya diketahui, lebih mudah untuk seseorang itu menguruskan masalah tekanan emosinya

Kemarahan wujud dalam diri mangsa apabila meraka rasakan peristiwa yang terjadi adalah tidak wajar ke atas dirinya. Malahan kemarahan semakin membara apabila perogol atau orang yang telah merosakkan kehidupannya bebas sedangkan mangsa yang menanggung kesakitan fizikal. Kemarahan yang dialami oleh mangsa sukar digambarkan melalui komunikasi tetapi jelas digambarkan melalui lukisan pemetaan badan melalui warna dan simbol. Kemarahan juga telah ditunjukkan melalui bahasa badan semasa subjek meluahkan emosi marah di dalam kertas lukisan pemetaan badan. Subjek telah menggunakan pensel warna dan menekan dengan kuat di atas kertas. Kemarahan yang dialami oleh mangsa penderaan seksual boleh dikeluarkan melalui warna, simbol, bahasa badan dan perkongsian melalui verbal.