Saturday, June 27, 2009

BAKTISISWA WAWASAN DESA IPT


Program ini dijalankan di Kg.Kumpulan, Langkawi pada 5 Mei hingga 8 Mei 2009.
Aktiviti disertai oleh mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Universiti Utara Malaysia. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memantapkan hubungan antara mahasiswa/i dengan penduduk kampung. Kami juga menjalankan pelbagai aktiviti bagi menjayakan tujuan kami mengadakan program tersebut. Antara program yang kami jalankan adalah Solat Hajat bagi anak-anak penduduk kampung yang bakal menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM tahun 2009, Gotong-royong membersihkan kawasan kampung, aktiviti sukaneka dan bermacam lagi.

Gambar ini diambil ketika mahasiswa/i menyertai demonstrasi kuih-muih oleh penduduk kampung. Mahasiswa/i diberi peluang untuk mencuba bakat masing-masing dalam bidang masakan kuih-muih. Diantara kuih yang dibuat adalah kuih kacang, dan kuih karas. Gambar ini menunjukkan kesungguhan mahasiswa/i cuba membuat kuih tradisi.

No comments:

Post a Comment