Monday, February 15, 2016

BIODATA PENYELIDIK TERAPI SENI



Siti Noorasmah Binti Hamzah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian (Bsc. Hons) dari Universiti Utara Malaysia dan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Sains Kaunseling (Penyelidikan) di Universiti Malaysia Terengganu. Beliau merupakan seorang kaunselor yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau juga pernah dilantik sebagai pembantu penyelidik di dalam kajian Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) yang bertajuk Pembentukan Model Terapi Seni Mangsa Penderaan Seksual Dalam Kalangan Remaja. Beliau juga pernah dilantik sebagai kaunselor bagi kajian Research Acculturation Colaborative Effort (RACE) yang bertajuk Penggunaan Spiritualiti dalam Terapi Seni Ekspresif Terhadap Golongan Remaja Delinkuen. Pada tahun 2015 beliau dilantik sebagai kaunselor dalam kajian Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) yang bertajuk Pembentukan Intergrasi Terapi Seni Visual dan Penceritaan Terhadap Ibu Tunggal. Beliau juga terlibat sebagai fasilitator bagi bengkel Integrasi Terapi Ekspresif dalam Proses Kaunseling bagi pelajar Tahun 2 Sarjana Muda Kaunseling. Beliau pernah dilantik sebagai fasilitator bagi sesi terapi Expressive Art Therapy dalam program Latihan dan Motivasi Besut-Setiu Agropolitan.

Semenjak menceburi bidang kaunseling, beliau telah banyak menyertai bengkel dan seminar berkaitan dengan terapi seni. Antara bengkel yang pernah disertai adalah seperti Bengkel Penggunaan Art Dalam Kaunseling dan Creative Art Therapy for Social Action. Beliau juga pernah menyertai bengkel pensijilan terapi seni yang dianjurkan oleh Perkama Consultants Sdn. Bhd dengan kerjasama Art Therapy Academy. Bengkel ini mempunyai tiga tahap iaitu tahap Art Therapy Foundation, Art Therapy Intermediate dan Art Therapy Advance yang diselia oleh Art Therapies. Selain itu, beliau pernah menyertai satu Seminar Kaunseling Kebangsaan yang ke-14 2014 bertemakan Creative Arts Intervention: The Application and Techniques for Psychological Therapy yang dianjurkan oleh Pusat Kaunseling, Universiti Utara Malaysia.

Di samping itu, penyelidik juga telah membuat pembentangan kertas kerja peringkat kebangsaan sempena Seminar Penyelidikan Siswazah UniSZA 2013. Kertas kerja yang dibentang adalah bertajuk Pembentukan Model Terapi Seni Mangsa Penderaan Seksual  dalam Kalangan Remaja. Sehubungan itu, kertas kerja ini juga telah dianugerahkan Pingat Emas dalam Kategori Sains Sosial, Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa. Pada tahun 2013 juga penyelidik telah membuat pembentangan kertas kerja di dalam Persidangan Art Therapy: Kreativiti Dalam Bantuan Menolong Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur. Tajuk kertas kerja adalah Lukisan Pemetaan Badan sebagai Teknik Ekspresi Emosi Remaja Mangsa Penderaan Seksual. Sehubungan dengan itu, penyelidik telah menyertai pembentangan peringkat antarabangsa di Nonthaburi, Thailand. Penyelidik telah membentang kertas kerja di dalam Princess Maha Chakri Sirindhorn Congress yang bertemakan International Approach to Sustainable Research and Development. Tajuk pembentangan adalah The Effectiveness of Group Art Therapy in Alleviating Stress among Sexual Abused Girls. Manakala penyelidik juga telah menyertai satu pembentangan poster peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyelidik telah membentangkan poster yang bertajuk Art therapy Among Female Prisoners di dalam The 6th International Conference on Postgraduate Education (ICOE- 6 2014).

No comments:

Post a Comment